Kemampanan Planet
Berusaha mencapai masa depan Net-Zero, positif alam semula jadi dan iklim berdaya tahan
Hargai alam semula jadi hari ini demi masa depan yang berdaya tahan
Pemuliharaan yang dilakukan oleh manusia tidak setanding dengan pemuliharaan yang dilakukan oleh alam sekitar sendiri. Oleh itu, terdapat pelbagai langkah dan jalan penyelesaian semula jadi yang boleh diambil untuk mengatasi isu-isu global alam sekitar. Pemuliharaan merupakan salah satu penyelesaian untuk membantu alam semula jadi, di mana organisasi, seperti juga manusia, boleh memainkan peranan aktif dalam memelihara planet kita. Di Zurich, kami percaya dengan membantu alam semula jadi hari ini, kami boleh menjadikan hari esok lebih berdaya tahan. Marilah bersama Zurich untuk mendapatkan inspirasi bagi memulihara alam semula jadi dengan beberapa tips yang berguna untuk kehidupan seharian anda.
Kandungan Dicipta oleh National Geographic CreativeWorks
Zurich dan National Geographic CreativeWorks bekerjasama untuk menghasilkan kandungan yang meneroka bagaimana usaha pemuliharaan yang kecil boleh membawa kepada perubahan yang besar. Daripada contoh "kesan rama-rama” yang berbeza, kita boleh melihat bagaimana setiap individu boleh memberi kesan positif dalam pemeliharaan planet kita.
Contoh ‘’kesan rama-rama’’ pertama bermula dengan penanaman dandelion di sebuah taman di Jerman yang boleh membantu mencegah banjir di Malaysia melalui rantaian kesan positif. Contoh lain ialah kerjasama Zurich dan Institusi Terra dalam penanaman anak benih baharu, yang dapat meningkatkan bilangan haiwan dan peluang pekerjaan untuk komuniti tempatan.
Melalui kolaborasi dengan Institusi Terra, sebuah Organisasi Bukan Bermotifkan Untung di Brazil, Zurich dapat membantu memulihara sebahagian hutan terbesar di dunia.
Untuk memberi inspirasi dan menunjukkan bagaimana tindakan memulihara alam sekitar dapat memberi impak positif dalam kehidupan seharian kita, kami memilih dua bidang yang berkaitan dengan insurans - Kesejahteraan Individu dan Kediaman. Kami ingin menjemput anda Memulihara Alam Sekitar dan meneroka cara untuk mencipta satu lagi kesan rama-rama di rumah anda atau untuk kesejahteraan anda.
Pemuliharaan memberi manfaat bukan sahaja pada tanah dan ekosistem, tetapi juga kepada burung-burung dan pelbagai haiwan yang bergantung kepadanya. Berikut merupakan beberapa tips yang dapat membantu pemulihan alam secara semula jadi.
Kemampanan adalah kunci kepada kejayaan jangka panjang Zurich dan cita-cita kami adalah untuk menjadi salah satu perniagaan yang paling bertanggungjawab dan memberi kesan di dunia. Dalam meneruskan agenda kemampanan kami, kami menyasarkan tiga bidang tumpuan: Planet, Pelanggan dan Manusia. Kami akan terus memanfaatkan kedudukan kami sebagai penyedia insurans global untuk memberi impak positif di seluruh dunia.
Ketiga-tiga bidang tumpuan ini saling berkaitan. Penyelesaian pengunderaitan dan tuntutan yang inovatif menawarkan hasil positif untuk pelanggan, sekali gus memberi manfaat kepada orang ramai dan planet. Melalui pelaburan yang bertanggungjawab, kami dapat mengembangkan kesan positif daripada aset yang dilaburkan. Pelaburan komuniti strategik oleh *Yayasan Z Zurich juga membantu membina masa depan yang lebih terjamin untuk sesiapa yang memerlukannya.
Kami akan terus menggunakan teknologi, inovasi, pembelajaran, perkongsian dan tadbir urus untuk memajukannya. Setiap bahagian Zurich memainkan peranan.
Semak pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut tentang setiap bidang tumpuan:
* Yayasan Z Zurich ialah yayasan amal yang berpangkalan di Switzerland dan ditubuhkan oleh ahli Kumpulan Insurans Zurich. Ia merupakan saluran utama di mana Kumpulan Insurans Zurich menyalurkan strategi pelaburan komuniti globalnya.