This content is available in the following languages:
field of flowers

Memulihara Kehidupan Anda

Hargai alam semula jadi hari ini demi masa depan yang berdaya tahan

Pemuliharaan yang dilakukan oleh manusia tidak setanding dengan pemuliharaan yang dilakukan oleh alam sekitar sendiri. Oleh itu, terdapat pelbagai langkah dan jalan penyelesaian semula jadi yang boleh diambil untuk mengatasi isu-isu global alam sekitar. Pemuliharaan merupakan salah satu penyelesaian untuk membantu alam semula jadi, di mana organisasi, seperti juga manusia, boleh memainkan peranan aktif dalam memelihara planet kita. Di Zurich, kami percaya dengan membantu alam semula jadi hari ini, kami boleh menjadikan hari esok lebih berdaya tahan. Marilah bersama Zurich untuk mendapatkan inspirasi bagi memulihara alam semula jadi dengan beberapa tips yang berguna untuk kehidupan seharian anda.

Impak kesan rama-rama

Kandungan Dicipta oleh National Geographic CreativeWorks

Zurich dan National Geographic CreativeWorks bekerjasama untuk menghasilkan kandungan yang meneroka bagaimana usaha pemuliharaan yang kecil boleh membawa kepada perubahan yang besar. Daripada contoh "kesan rama-rama” yang berbeza, kita boleh melihat bagaimana setiap individu boleh memberi kesan positif dalam pemeliharaan planet kita.

Contoh ‘’kesan rama-rama’’ pertama bermula dengan penanaman dandelion di sebuah taman di Jerman yang boleh membantu mencegah banjir di Malaysia melalui rantaian kesan positif. Contoh lain ialah kerjasama Zurich dan Institusi Terra dalam penanaman anak benih baharu, yang dapat meningkatkan bilangan haiwan dan peluang pekerjaan untuk komuniti tempatan.

“Bagaimanakah dandelion dapat mencegah banjir”

Maklumat Lanjut

men planting

Teroka Projek Hutan Zurich

Melalui kolaborasi dengan Institusi Terra, sebuah Organisasi Bukan Bermotifkan Untung di Brazil, Zurich dapat membantu memulihara sebahagian hutan terbesar di dunia.

Maklumat lanjut

Manfaat pemuliharaan alam semula jadi dalam kehidupan harian

Untuk memberi inspirasi dan menunjukkan bagaimana tindakan memulihara alam sekitar dapat memberi impak positif dalam kehidupan seharian kita, kami memilih dua bidang yang berkaitan dengan insurans - Kesejahteraan Individu dan Kediaman. Kami ingin menjemput anda Memulihara Alam Sekitar dan meneroka cara untuk mencipta satu lagi kesan rama-rama di rumah anda atau untuk kesejahteraan anda.

  • Pemuliharaan Sendiri

  • Pemuliharaan Taman Anda

6 langkah memulihara alam semula jadi dan kehidupan anda

Pemuliharaan memberi manfaat bukan sahaja pada tanah dan ekosistem, tetapi juga kepada burung-burung dan pelbagai haiwan yang bergantung kepadanya. Berikut merupakan beberapa tips yang dapat membantu pemulihan alam secara semula jadi.

picto trees

1. Kurangkan pemotongan rumput
Mengurangkan kekerapan pemotongan rumput daripada setiap minggu kepada sebulan sekali atau kurang. Pemotongan rumput secara kerap bukan sahaja mengganggu pemekaran bunga dan perkembangan biji benih, tetapi juga mengganggu habitat dan sumber makanan haiwan-haiwan. Di samping itu, rumput yang tinggi juga dapat menangani cuaca ekstrem secara efektif.

picto caring nature

2. Biarkan rumput tumbuh
Jika anda ingin memulihara taman anda, biarkan rumput anda tumbuh supaya dapat menyediakan habitat bagi manfaat serangga dan agen pendebungaan. Biarkan juga bunga-bunga liar tumbuh kerana ia membekalkan nektar dan debunga untuk serangga yang merupakan musuh semula jadi bagi haiwan perosak.

picto trees

3. Menjaga kualiti tanah
Tanah yang sihat dipenuhi dengan berbilion-bilion kulat mikroskopik, bakteria dan serangga. Apabila anda mengurangkan penggunaan baja sintetik, racun perosak dan racun rumpai, anda membenarkan organisma ini berkembang dan menyumbang kepada pertumbuhan tanaman asli. Pengkomposan juga dapat meningkatkan kualiti tanah anda.

picto stop

4. Biarkan sahaja
Jika longgokan kayu dan daun dibiarkan reput di taman anda, ia menawarkan habitat untuk burung, invertebrata, mamalia kecil, lumut dan kulat. Dengan melindungi tanah daripada sinar cahaya matahari, ia membantu mengelakkan tanah daripada mengering. Reputan longgokan kayu dan daun juga menyediakan bahan organik yang merupakan sumber kompos yang mampan.

picto camping

5. Menyediakan kediaman untuk haiwan liar
Sediakan ruang jika anda ingin melihat lebih banyak burung, serangga dan mamalia kecil. Sebagai contoh, tempat makan burung, kotak dan tempat mandi burung dapat menarik spesies burung yang berbeza. Longgokan kayu atau batu menjadi tempat kumbang berkumpul dan longgokan ranting pula dapat menyediakan tempat perlindungan untuk serangga. Anda juga boleh menambah pondok untuk landak. Dan sekiranya anda tidak mempunyai ruang untuk kolam, bekas kecil yang mempunyai sekurang-kurangnya satu sisi landai untuk akses dan beberapa tumbuhan akuatik adalah pilihan yang sesuai.

picto zurich forest

6. Sambungkan plot
Landak berkeliaran sejauh satu batu setiap malam mencari makanan dan pasangan tetapi dinding taman dan pagar menyekat pergerakan landak. Anda boleh membantu landak bergerak dengan bebas dan selamat dengan menyediakan lubang kecil di pagar dan dinding. Pemangsa boleh melihat mamalia kecil dengan mudah di rumput pendek, laluan dan kawasan konkrit, jadi membiarkan rumput anda tinggi, menanam pagar dan membuat laluan menggunakan kayu atau batu berongga juga meningkatkan peluang mereka terus hidup.

Baca Artikel Penuh

Ketahui tentang rangka kerja kemampanan Zurich

Kemampanan adalah kunci kepada kejayaan jangka panjang Zurich dan cita-cita kami adalah untuk menjadi salah satu perniagaan yang paling bertanggungjawab dan memberi kesan di dunia. Dalam meneruskan agenda kemampanan kami, kami menyasarkan tiga bidang tumpuan: Planet, Pelanggan dan Manusia. Kami akan terus memanfaatkan kedudukan kami sebagai penyedia insurans global untuk memberi impak positif di seluruh dunia.

Ketiga-tiga bidang tumpuan ini saling berkaitan. Penyelesaian pengunderaitan dan tuntutan yang inovatif menawarkan hasil positif untuk pelanggan, sekali gus memberi manfaat kepada orang ramai dan planet. Melalui pelaburan yang bertanggungjawab, kami dapat mengembangkan kesan positif daripada aset yang dilaburkan. Pelaburan komuniti strategik oleh *Yayasan Z Zurich juga membantu membina masa depan yang lebih terjamin untuk sesiapa yang memerlukannya.

Kami akan terus menggunakan teknologi, inovasi, pembelajaran, perkongsian dan tadbir urus untuk memajukannya. Setiap bahagian Zurich memainkan peranan.

Semak pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut tentang setiap bidang tumpuan:

sustainability illustration

* Yayasan Z Zurich ialah yayasan amal yang berpangkalan di Switzerland dan ditubuhkan oleh ahli Kumpulan Insurans Zurich. Ia merupakan saluran utama di mana Kumpulan Insurans Zurich menyalurkan strategi pelaburan komuniti globalnya.

X

Privacy and Cookies

Cookies help us improve your website experience. By using our website, you agree to our use of cookies.

Read our privacy policy
Confirm